Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) - Info by Malaysia Students

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menawarkan pelbagai peluang unik kepada pelajar untuk kecemerlangan akademik serta perkembangan kerjaya dan individu. Universiti ini komited terhadap pendekatan yang menyeluruh dan komprehensif dalam menawarkan program-program pendidikan tinggi dan menganggap menimba ilmu itu sebagai satu ibadah. Dengan menggabungkan sumber ilmu wahyu ke dalam kurikulum sains dan sastera, UIAM dapat menyumbang kepada tradisi keintelektualan dan juga peningkatan jatidiri di dalam masyarakat.


This is a companion discussion topic for the original entry at http://info.malaysia-students.com/uiam-universiti-islam-antarabangsa-malaysia.html

hi, bagi pelajar yang mengambil asasi dalam perubatan di UIAM, adakah mereka akan terus diterima untuk melanjutkan pelajaran sarjana muda perubatan di UIAM ataupun permohonan perlu dilakukan selepas tamat program asasi?

1 Like

Permohonan perlu dilakukan selepas tamat program asasi. Namun demikian, pelajar asasi UIAM cemerlang akan diberi keutamaan untuk pengambilan sarjana muda di universiti yang sama.

1 Like

syarat utk memohon degree in accounting di UIA lepasan diploma

Admission Requirements for Bachelor Degree

DIPLOMA HOLDERS
General Requirements:

  1. A Pass at the SPM level or its equivalent with good grades,
  2. A Credit in Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia at the SPM level or its equivalent,
  3. A Diploma or any other Equivalent Qualification recognized by the Government of Malaysia and approved by the Senate of the University, and
  4. Having sat for the “Malaysian University English Test” (MUET).

Specific Requirements:

  1. A Diploma in a related area with a CGPA of 3.0 or above, and
  2. A Credit in English Language/English 1119 at the SPM level or its equivalent/ MUET Band 3, and
  3. A Credit in Mathematics/Additional Mathematics at the SPM level or equivalent, and
  4. A Credit in “Pendidikan Islam/Tasawwur Islam” at the SPM level or its equivalent, and
  5. Credit in any other three (3) other subjects in SPM or its equivalent.

saya dari kolej swasta dan tiada muet. hanya mengambil ujian seperti muet. So, macam mana perlu saya ambil ujian muet atau hanya menggunakan keputusan ujian english saya.

Hanya keputusan ujian MUET diterima, ujian English lain tidak diterima. Permohonan akan ditolak sekiranya tiada keputusan ujian MUET.

hi, sekiranya saya mengambil asasi sains fizikal di UIAM, apakah kos yang boleh saya ambil untuk degree?
thank you

Graduan asasi sains fizikal UIAM boleh ambil degree berikut di UIAM:

  1. Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian)
  2. Sarjana Muda Sains Kimia (Kepujian)
  3. Sarjana Muda Sains Fizik (Kepujian)

Assalamualaikum.

Apa khabar? Saya merupakan salah seorang pelajar dari UIAM dan saya mendapati admin tidak mengemaskini senarai kursus yang ditawarkan di universiti ini. Kursus yang baru ditawarkan di UIAM adalah Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa serta Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti. Admin boleh rujuk kembali senarai penuh kursus di dalam laman sesawang UIAM. Saya harap admin boleh kemas kini dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kedua-dua kursus ini dikenali awam. Sekian terima kasih. :slight_smile:

@NajatulNajwa Sila cuba baca dengan teliti, kedua-dua kursus ini memang sudah ada disenaraikan sejak hari pertama laman sesawang ini dilancarkan. Sila tekan CTRL + F untuk carian sekiranya masih tidak dapat cari.

oh, ye ke…mungkin saya terlepas pandang…:sweat_smile: maaf ye…:bow:

1 Like

Hi, sy akn masuk uiam 25 ogos ni and kos sy ialah sarjana muda bhsa melayu utk komunikasi antarabangsa. Kursus ni berapa sem ye? Sbb dlm surat tawaran dan dlm laman web xde. Ujian EPT kena level brape baru pass klau kursus sy ni? Adakah sy akn guna english as bhsa pnghntr even sy kursus bm? Maaf bnyk tny sbb sy mmg blur skrg ni. Harap ada yg sudi reply :joy:

After foundation, if your scores are good you go straight. Your studies in UIA are a one track thing unless you personally request for a change of course and/or majoring.

Good luck and welcome Junior.
Come to English Theater Show held by the Theater club in IIUM GOMBAK

1 Like

Bahasa penghantar is in english. Tapi most lecterurs akan mengajar mengikuti bahasa majoriti kelas.
I.E kelas arab lecterur guna bahasa melayu - arabic.

But mostly the classes are held in english, as you’ll be taking some classes not specific to Malay for international uses.

I’d suggest taking classes from https://studymateweb.wordpress.com/ tutor Umar Abdul Aziz.

He does spoken english and on a one to one basis. The stated price is RM50 but you can ask for a reduction.

You also will go through 8 sems or 4 years, but you can either take 21 hours every sem and get it done in three or take it slow to a maximum of 7-8 years (that depends on why you want to take it slow)

assalamualaikum i got foundation in tourism planning and hospitality management (tphm) in iium. what course can i take at degree level?

1 Like

Since your IIUM foundation course is very specific and in tourism planning and hospitality management, after you finish your foundation course you may apply IIUM Bachelor of Arts (Hons.) in Tourism Planning and Hospitality Management at the same university.

BACHELOR OF TOURISM PLANNING AND HOSPITALITY MANAGEMENT (HONOURS)

By its very nature, tourism, hospitality and planning are multidimensional and are purposely integrative. Given the growing urban challenges, the need for training, skill upgrading and knowledge enhancement in the field of tourism and hospitality is demanding. Therefore, IIUM Bachelor of Tourism Planning and Hospitality Management are to give a platform for those involved in the field of tourism and hotel industry to acquire new skills and knowledge. Input on Islamic perspectives in the field of tourism, hospitality and management has been incorporated into the courses to make the graduates more aware of their roles as Khalifah and Murabbi in this challenging scenario and current development.

Hai saya nak tanya apakah syarat kemasukan pelajar ke program asasi kos sains komputer Dan bagaimana permohonan boleh dilakukan?

Apakah syarat kemasukan sains komputer untuk asasi di UIAM

@Shah_ainin untuk Program Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer, anda perlu memenuhi syarat am dan syarat khas. Sila rujuk info di bawah:

Syarat Am & Syarat Khas Minimum Kemasukan Program Asasi

Permohonan Kemasukan Program Asasi UIAM

Permohonan biasanya dibuka sepanjang bulan Mac selepas keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Permohonan online adalah di laman web UPU. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian atau email Jabatan Kemasukan dan Rekod Pusat Asasi IIUM di bawah.