KTM i-Card Student Discount Card 50% Promotion Until 4 Feb 2016

Promosi Diskaun 50% Yuran Pendaftaran KTM i-Card Student

Tempoh promosi: 4 Jan 2016 - 4 Feb 2016

Berikutan sambutan dan permohonan yang amat menggalakkan daripada para pelajar kolej dan universiti untuk kad diskaun KTM i - Card Pelajar, KTM Berhad ingin memaklumkan mulai 4 Januari 2016 sehingga 4 Februari 2016, pelajar kolej dan universiti di Semenanjung Malaysia akan menikmati promosi diskaun 50% yuran tahunan untuk KTM i - Card Pelajar. Promosi ini menawarkan harga yuran RM15.90 setahun berbanding yuran tahunan biasa iaitu RM31.80.

Para pelajar yang mempunyai KTM i - Card ini akan mendapat diskaun tambang 50% daripada kadar tambang tunai untuk Perkhidmatan KTM Komuter di Lembah Klang dan diskaun sehingga 40% untuk tambang perkhidmatan KTM Intercity dan ETS.

Permohonan KTM i - Card boleh dilakukan di kaunter tiket KTM Intercity/ETS, Aras 2, Stesen KL Sentral. Waktu operasi kaunter adalah dari jam 8.30 pagi sehingga 7.00 malam, setiap hari Isnin sehingga Jumaat.

Permohonan adalah terhad kepada 300 pemohon terawal setiap hari. Pemohon dikehendaki membawa salinan kad pengenalan, salinan kad metric/kad pelajar dan juga surat pengesahan pelajar yang tertera tarikh tamat belajar.

Informasi terperinci dan borang permohonan KTM i - Card boleh diperolehi dari laman web KTMB. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03 - 2267 1200 atau twitter @ktmkomuter.

To read the terms and conditions and to download application form, visit Permohonan Kad Diskaun Pelajar KTMB i-Card Student Discount Card Application.