Biasiswa JPA Penajaan Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman 2017 Untuk Pelajar Lepasan SPM 2016 | Biasiswa Malaysia Scholarships 2017/2018

Malaysia Scholarships

Penawaran Penajaan bagi Program Khas JKPJ tahun 2017 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016 Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2017. Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2016 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.


This is a companion discussion topic for the original entry at http://scholarships.malaysia-students.com/2017/03/biasiswa-jpa-penajaan-program-khas-jepun-korea-perancis-jerman.html