Biasiswa Program Khas JPA MARA Scholarship Untuk Lepasan SPM | Biasiswa Malaysia Scholarships 2017/2018

Malaysia Scholarships

1 Permohonan Program Khas JPA MARA Untuk Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2017. Program ini merupakan program penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand dalam bidang Kejuruteraan, Sains Dan Teknologi (S&T), pengajian berteraskan Perdagangan dan Sains Sosial. Program ini terdiri daripada tiga (3) sub program utama iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand dan Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP).


This is a companion discussion topic for the original entry at http://scholarships.malaysia-students.com/2017/03/biasiswa-program-khas-jpa-mara-scholarship-award.html