Contoh Carta Alir Proses Penghasilan Kerja Kursus (Kerja Projek) Pengajian Am STPM 2013 - Education Malaysia for Students

Skip to main content

Contoh: Tema 1: Pencemaran BudayaTema 2: Kebebasan Media Calon mengenal pasti isu dan menetapkan tajuk dan skop tugasan Calon memilih tema: Tema 1: Pencemaran Budaya Calon mengenal pasti isu: (Isu yang dipilih hendaklah merujuk kepada kampung/taman perumahan/sekolah/bandar/daerah/negeri calon)Contoh: Pengaruh budaya negatif dalam kalangan remaja Budaya lepak dalam kalangan komuniti Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan pencemaran bahasa Kelunturan nilai murni dalam komuniti Pengaruh golongan pendatang terhadap komuniti Calon menentukan tajuk: (Tajuk yang dipilih hendaklah berdasarkan isu yang telah dikenal pasti)Contoh: Budaya Lepak Golongan Remaja di Taman A Calon menentukan lokasi kajian: Calon digalakkan untuk memilih lokasi kajian yang sesuai, iaitu mudah dituju dan dekat dengan tempat tinggal calon. Ini memudahkan pengutipan data kajian Calon menentukan skop tugasan: Skop tugasan yang dimaksudkan ialah fokus kerja kursus (kerja projek) yang akan dijalankan. Penjelasan ini penting bagi memastikan penilai dapat memahami sempadan kerja kursus berkenaan. Skop tugasan merangkumi isu penting yang cuba diketengahkanContoh: Budaya Lepak Golongan Remaja di Taman A(Tugasan ini hanya tertumpu kepada golongan remaja yang didapati melepak di Taman A sahaja dan melihat kesan yang dibawa oleh budaya lepak ke atas golongan remaja tersebut) Calon menentukan objektif kajian: Calon hendaklah menjelaskan hala tuju kajian dan perkara-perkara yang diharap akan dapat dicapai di akhir kajian nanti. Pernyataan ini hendaklah jelas, rasional, serta relevan dengan masalah yang dikaji. Objektif hendaklah mampu dicapai dan pencapaiannya itu sewajarnya boleh diukur. Calon boleh menyatakan objektif kajiannya secara khususContoh:1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong golongan remaja melepak di Taman A2. Mengenal pasti tingkah laku sosial yang diperlihatkan oleh golongan remaja yang melepak di Taman A Calon menerangkan konsep kendalian: Calon dikehendaki memberikan penerangan mengenai “Jargon” dalam tajuk kajian yang akan diguna pakai. Contoh:1. Menerangkan maksud budaya lepak2. Menerangkan maksud golongan remaja3. Menerangkan maksud tingkah laku sosial Calon menentukan kaedah kajian: Calon boleh menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat. Antaranya adalah seperti berikut:1. PemerhatianKaedah ini boleh digunakan semasa lawatan ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan perlakuan individu atau kumpulan orang atau kawasan yang dikaji.2. Temu bualKaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan/pangkat dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat. Temu bual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk kerja kursus. Manakala temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian. Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya digunakan menganalisis temu bual tersebut.3. Soal SelidikKaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Calon boleh mereka bentuk borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang itu boleh diedarkan secara rawak kepada responden di kawasan kajian.4. Rujukan (kajian arkib)Kaedah ini dijalankan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan internet. Kaedah ini kebiasaannya menjadi kaedah tambahan kepada kajian. Hal ini berdasarkan kepada skop kajian. Calon menganalisis data: Calon dikehendaki menganalisis data-data yang dikutip daripada kaedah kajian yang telah dijalankan. Data-data tersebut dianalisis secara kuantitatif atau kualitatif. Calon menjelaskan/membincangkan dapatan kajian: Calon dikehendaki menjelaskan atau membincangkan dapatan kajian dalam bentuk esei bertulis dengan disertakan jadual/carta/graf bagi menyokong hasil kajian. Calon menghasilkan rumusan kerja kursus: Calon dikehendaki membuat rumusan atau kesimpulan daripada perbincangan. Calon juga diharapkan dapat menunjukkan sejauh mana hasil kajian yang dijalankan itu menepati objektif kajian yang ditetapkan. Calon juga boleh menyatakan kepentingan (signifikan) hasil kajian yang telah dijalankan. Link: Panduan Kerja Projek / Kerja Kursus Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Syariah & Sejarah STPM 2013 (Manual PBS & Kertas Soalan)

This is a companion discussion topic for the original entry at http://education.malaysia-students.com/2013/02/Kerja-Kursus-Kerja-Projek-Pengajian-Am.html?m=0