Ingin Mengetahui Mengenai Institut Pendidikan Guru (IPG)?

Ingin Mengetahui Mengenai Institut Pendidikan Guru (IPG)?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Terima Kasih kepada SPM Student Malaysia kerana telah menjemput saya untuk menjadi salah seorang member di dalam Forum ini. Jadi sebagai bakal guru yang sekarang sedang menimba ilmu di Institut Pendidikan Guru (IPG) maka saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai IPG ini.

Jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi guru (cita-cita) maka anda bolehlah bertanyakan apa-apa sahaja soalan berkaitan dengan IPG di sini. Untuk membaca pengalaman saya sepanjang berada di IPG, anda boleh membacanya di sini Pengalaman Di IPG

Something’s wrong with the link and website redirection is failing. Hence the full post is pasted below:

Sebelum, Semasa dan Selepas Masuk IPG

http://sd.keepcalm-o-matic.co.uk/i/keep-calm-i-want-to-be-a-teacher.png

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini saya nak kongsikan kepada anda mengenai SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MEMASUKI IPG. Okay pada hari ini, saya mendapat satu soalan daripada seorang hamba Allah yang ingin sangat melanjutkan pengajian di Institut Perguruan (IPG). Jadi beliau telah menanyakan beberapa soalan kepada saya, yang mana soalan beliau mungkin juga soalan yang sering bermain di fikiran anda yang ingin memohon IPG. Jadi disini, saya kongsikan beberapa soalan beliau.

  1. Boleh tak cerita pengalaman masa ukcg ?
  1. Boleh tak cerita pengalaman masa interview? cnth dri segi pakaian ? susunan sijil dlm fail ? interview ipg mcm mana ? awk dulu sblm hadir interview , apa yg awak prepare ? ada tips nk kongsi ?
  1. Masa awak berjaya ipg, orientasi ipg mcm mana ? best tak ?huhu
  1. Setahu sy , ipg kan ada program persediaan selama 1 tahun kan ? lepas 1 tahun baru sambung degree ?
  1. Awak masuk ipg program persediaan tahun lepas masa bulan 6 tahun 2015 … jadi awak akan habis program persediaan ipg bulan 6 tahun 2016 ke ? lepas tu bila pulak awak akan sambung degree ipg ? adakah bulan 7 2016 … atau awak akan sambung degree tahun 2017 ?
  1. Masa program persediaan ipg , apa yg awak belajar masa sem 1 dan sem 2 ?
  1. Masa program persediaan ipg , kiraan pointer mcm mana ? awak exam mcm mana ? assgment semua tu mcm mana ? adakah semua termasuk dlm kiraan pointer ?
  1. Contoh masa program persediaan , kalau kita opsyen BM , adakah kita akan belajar subjek lain? Mcm PENDIDIKAN ISLAM , BAHASA INGGERIS KE ? atau kita hanya belajar BM je ?
  1. Kelas mula pukul berapa dan habis pukul berapa ?

Jadi ini adalah jawapan yg dapat saya beri kepada beliau, melalui pengalaman saya sebelum, semasa dan selepas memasuki IPG.

  1. Pengalaman masa ukcg? ada yg manis, ada yg pahit, kalau yg manis dapat bertemu ramai kawan-kawan, yg pahit pula. untuk ujian ukcg ni, awak kena pastikan dah ready fizikal dan mental, sbb ujian ukcg ni memang amat menguji minda dan memenatkan. Untuk ujian pertama awak akan menghadapi ujian INSAK. Ujian ini dibuat untuk menguji sahsiah guru yang ada di dalam diri awak. Manakala ujian kedua pula ialah ujian kecergasan fizikal. Andai kata awk dapat untuk ukcg, pastikan seminggu sebelum awak datang uckg, sentiasa bersenam. Kalau boleh sentiasa berjogging pada waktu pagi dan petang, untuk meningkatkan stamina dgn ketahanan badan. Kalau awak tak ready, memang awal-awal lagi akan layu. hehe. Untuk jenis ujian fizikal yg disediakan, awak boleh baca dekat sini http://hanashiraa.blogspot.my/2015/04/ujian-kelayakan-calon-guru-ukcg-2015.html . Macam mana pula dengan yang ada penyakit yang tidak boleh dielakkan semasa ujian fizikal seperti lelah? Perkara ini awak boleh atasi dengan memaklumkan kepada fasilitator yg ada disitu(pastikan surat pengesahan daripada doktor dibawa).
  1. Kalau dari segi berpakaian. Pastikan cara pemakaian awak itu ada ciri-ciri seorang cikgu. Itu sahaja. Jangan pakai baju yg terlalu menonjol, kalau saya lelaki, senang jer. Cuma kena pakai baju berkolar + seluar slack hitam + tie. Susunan sijil itu , susunlah dari peringkat tertinggi sehingga ke peringkat terendah. Saya interview di IPG Mizan dan alhamdulillah interview berakhir dengan baik, tapi saya terpaksa menunggu lama untuk diinterview. Bayangkan datang pada pukul 8.00 pagi, pukul 3 petang, baru saya diinterview (group terakhir). Dia akan panggil seramai 8-9 orang bagi satu setiap satu interview. Kalau dlm iv saya, dia ada 3 test. Yang pertama individu, yg kedua pun secara individu (kena soal), yg ketiga barulah secara berkumpulan. Tips saya semasa iv, apabila bercakap, jangan kita nak memonopoli semua, bagi juga dekat org lain untuk bercakap. Kerana dekat situ, panel penemuduga akan lihat cara kita bercakap sama ada sopan atau tidak, jawapan yg logik, munasabah serta menarik dan yg paling penting nilai timbang rasa semasa bercakap. (Tidak bercakap panjang sehingga lari daripada topik).
    Dan satu lagi, soalan yg juri paling kerap tanya ialah " mengapa awak nak jadi cikgu? kerja cikgu ni dahlah susah, gaji pun bukan banyak sangat" itu adalah satu soalan yang memerangkap kebanyakan orang. Dan jawapan yg awak nak bagi janganlah terlalu cliche seperti " saya nak jadi cikgu sebab mak saya pun cikgu" kalau nak bagi jawapan, bagilah jawapan yg lain dari lain . Kalau macam saya, sy bagitahu berpandukan sunnah dan Al-Quran, yang penting jawapan mesti datang ikhlas dari hati. . Dari situ, Insya-Allah panel penemuduga akan nampak kesungguhan dan keikhlasan kita nak jadi cikgu.
  1. Masa orientasi itu, memang best, cuma kita sebagai batch yang baru masuk, kena pakai baju putih + seluar/kain hitam. Macam masuk tingkatan 6 kan? Tapi sekejap jer pakai macam tu, biasanya perkara ni atas senior yang moderate program orientasi tu, kalau mereka suruh pakai baju biasa maka bersyukurlah kita (macam saya, senior memang sangat baik, tidak ada paksa-paksa, malah jauh sekali dari nak ragging2 ni). Orientasi ni sama saja dengan orientasi Universiti, seminggu sahaja, dan kebanyakan aktiviti yg dibuat adalah untuk mengukuhkan lagi silaturrahim antara cikgu-cikgu.(masuk ipg kan? kena panggil cikgulah, bukan pelajar dah) hehe.
  1. Ya, tahun pertama kita masuk ke IPG, kita akan dikenali sebagai PPISMP (Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan) . Boleh dikatakan macam asasi lah(setahun sahaja) . Selepas tamat tempoh setahun, barulah kita dipanggil sebagai PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) selama 4 tahun. Ataupun degree. :slight_smile:
  1. Ya, saya masuk dalam Bulan 6 2015 (22.6.2015), jadi PPISMP saya akan tamat juga pada bulan 6 2016. Dekat IPG ni, cuti kita sama dengan cuti sekolah. Kalau sekolah bercuti, maka IPG akan turut bercuti. Bulan 6 kan ada cuti pertengahan tahun, jadi masa cuti pertengahan tahun kiranya cuti semester bagi IPG. Apabila buka sahaja IPG, secara automatik saya akan menjadi pelajar PISMP SEMESTER 1.
  1. Dalam semester 1, saya belajar 8 subjek kesemuanya. Antara subjek yg saya belajar ialah GCI1022 (CABARAN DAN ISU SEMASA DUNIA), GEC1033 (English for Effective Communication), GKB1053 (KEMAHIRAN BELAJAR), GKK1043 ( KESIHATAN DAN KECERGASAN DIRI), GSB1012 ( KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA) dan 3 lagi matapelajaran sejarah (sebab kos utama saya adalah sejarah). Kalau semester 2, sy belum pasti lagi, sebab saya masih belum lagi masuk semester 2.
  1. Ok untuk kiraan pointer, kerja kursus dan peperiksaan akhir tahun semester dikira. Maknanya kedua-duanya penting. Untuk semester 1 PPISMP, saya ada 8 subjek, jadi saya ada 8 assignment kesemuanya. 5 subjek bukan sejarah, assignmentnya dikira 100% sebab tidak ada peperiksaan. Sebaliknya berbeza dengan 3 subjek teras saya iaitu subjek sejarah. Subjek teras ini dia ada assignment dan juga peperiksaan. So be prepared. Yang paling penting, dalam menyediakan assignment, jangan malu-malu untuk bertanyakan lecturer dan senior. Mereka inilah yang paling banyak membantu. :wink:
    https://2.bp.blogspot.com/-D9V4vr2_nxE/VoaRX2u6_FI/AAAAAAAAAi4/5VExDd9vVoo/s320/koleksi%2Bkerja%2Bkursus.PNG
    Koleksi kerja kursus sepanjang semester 1 PPISMP. hehe
  1. Kalau masa persediaan, walaupun kita ambil subjek BM sekalipun, kita tidak akan hanya belajar subjek itu sahaja. Subjek lain akan turut diajar. Dan subjek bahasa Inggeris memang setiap kos akan ada. (di IPG sayalah, yg lain pun rasanya sama.) Pendidikan Islam/moral, akan diajar pada semester 2.
    Emotikon smile
  1. Tak menentu. Kalau kos saya, pada hari ahad dan isnin, kelas bermula pukul 7.45 pagi sehingga 4 petang. Manakala pada hari selasa, kelas bermula pukul 11pagi - 4ptg. Hari rabu pula, kelas habis pukul 12 tengah hari. Hari khamis sama mcam hari sabtu dan Isnin.

P/S : Kalau ada kesilapan. Betulkan saya. Sekadar berkongsi pengalaman yg dapat :). Artikel ini akan diupdate dari semasa ke semasa. Follow saya untuk mengetahui banyak lagi perkara menarik tentang IPG ini. :wink:

Jika ada apa-apa perkara menarik yang anda ingin tahu, bolehlah follow my IG :slight_smile:

1 Like

This topic was automatically closed 30 days after the last reply. New replies are no longer allowed.