Berdasarkan siasatan tersebut, KPM mendapati adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan. Hal kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai. KPM juga ingin menjelaskan bahawa isu murid tidak buat kerja sekolah (homework) bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan harus ditangani secara PdP juga iaitu menerusi bimbingan secara berterusan.
This is a companion discussion topic for the original entry at http://education.malaysia-students.com/2014/01/ministry-of-education-teacher-who.html?m=0