Permohonan Kemasukan Ke Program Pra Universiti Kementerian Pelajaran Malaysia - Education Malaysia for Students

Skip to main content

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2013 Perhatian: Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 MAC 2013. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi. Program Pra-U Syarat-syarat Khas: A. Aliran Sains Sekurang-kurangnya mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik Moden dan Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran daripada yang berikut : Biologi Fizik Kimia Matematik Tambahan Teknologi Maklumat Perdagangan Ekonomi Asas Prinsip Akaun Bahasa Inggeris Lukisan Kejuruteraan Rekacipta Teknologi Kejuruteraan B. Aliran Sastera Ikhtisas Sekurang-kurangnya lulus dalam Matematik Moden dan Lulus 2 mata pelajaran berikut : Perdagangan Ekonomi Asas Prinsip Akaun Bahasa Inggeris Lukisan Kejuruteraan Rekacipta Teknologi Kejuruteraan Sains Tambahan Teknologi Maklumat Biologi Fizik Kimia Panduan Permohonan: Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut: Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap Ruang E. Ulasan Jurulatih Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan Ruang G. Perakuan Ruang H. Pengesahan Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada alamat di bawah sebelum tarikh tutup permohonan: PENGARAH BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA (U.P: UNIT SEKOLAH SUKAN MALAYSIA) Nota penting: Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri

This is a companion discussion topic for the original entry at http://education.malaysia-students.com/2013/03/Permohonan-Kemasukan-Program-Pra-Universiti-Kementerian-Pelajaran-Malaysia.html?m=0