PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA UNIVERSITI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2013
Perhatian:
- Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 MAC 2013. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
- Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.
- Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap. Kemudian, tekan butang SIMPAN
- Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap
- Ruang E. Ulasan Jurulatih
- Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
- Ruang G. Perakuan
- Ruang H. Pengesahan
- Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:
PENGARAH BAHAGIAN SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA (U.P: UNIT SEKOLAH SUKAN MALAYSIA)
sebelum tarikh tutup permohonanNota penting: Kegagalan pihak Jabatan untuk menerima borang lengkap yang diposkan seperti di perkara 3 di atas akan menyebabkan permohonan anda terbatal Anda digalakkan membuat satu salinan borang yang telah lengkap untuk rujukan sendiri
This is a companion discussion topic for the original entry at http://education.malaysia-students.com/2013/02/permohonan-kemasukan-ke-program-pra.html?m=0