PT3 Sejarah 2015: Panduan Tugasan & Contoh Jawapan
Pengetahuan
Persetiaan 1895 sebenarnya menjadi rujukan yang baik ke arah pembentukan sebuah negara bergelar Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.Walaupun terdapat beberapa ciri yang sama dalam pentadbiran Malayan Union tetapi beberapa klausa atau perkara tidak dipersetujui oleh orang Melayu menyebabkan rancangan Inggeris menjadikan negara ini sebagai tanah jajahan melalui Malayan Union gagal. Beberapa ciri penting seperti taraf raja dan takrifan negeri naungan menjadi antara perkara yang dikekalkan dalam perlembagaan 1948.
Sama seperti Persetiaan 1895, penggubalan perlembagaan melalui Suruhanjaya Reid pada 1956 juga mengambilkira beberapa aspek seperti hak kerajaan pusat dan negeri dan jaminan terhadap kedudukan raja . Cuma yang berbeza antara keduanya ialah penambahan beberapa isu seperti agama, bahasa, hak kerakyatan dan lain-lainnya.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku.
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat tanpa mengira latar belakang negeri, kaum atau bangsa.
Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yangtelah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan iniagar menjadi lebih bermakna akhirnya. Kita harus bersatu padu dalam usaha menjadikankemajuan negara yang kita kecapi ini berkekalan hingga akhirnya.