PT3 Sejarah 2015: Panduan Tugasan & Contoh Jawapan
Faktor Pemeteraian Perjanjian atau Persetiaan Persekutuan 1895 Tugasan Sejarah PT3 2015. Calon diminta untuk memberikan fakta, huraian serta contoh mengenai faktor utama Pemeteraian Penjanjian Persetiaan Persekutuan pada tahun 1895. Jumlah markah maksimum bagi bahagian faktor terjadinya perjanjian Persekutuan 1895 adalah berjumlah 20 Markah.
Jawapan Faktor Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895
Terdapat empat faktor utama yang menjadi punca utama pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895. Antara 4 faktor tersebut adalah Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen, Krisis Kewangan Pahang, Perkongsian Perkhidmatan Pakar, Faktor Keselamatan dan Sistem Perhubungan.
Kelemahan sistem Residen antara salah satu faktor terjadinya perjanjian Persekutuan 1895 (1 Markah). Sistem Residen adalah meletakkan satu kuasa petabdiran iaitu Residen bagi menggantikan kuasa Mutlak Sultan di empat jajahan Bristish dibawah Negeri Negeri Melayu Bersekutu iaitu Selangor, Pahang, Melaka dan Perak (1 Markah). Pada awalnya Residen memainkan peranan sebagai penasihat Sultan. Dibawah sistem ini, Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas mentabdir negeri Melayu (1 Markah). Justeru, menyebabkan Residen lebih berkuasa menyebabkan Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen. Selain itu, pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri (1 Markah). Contohnya di Perak, Residen J.W.W Birch pada November 1874 telah dibunuh oleh orang melayu gara-gara beliau melaksanakan undang-undang sendiri. Orang melayu tidak menyenagi JWW Birch kerana Birch mentadbir negeri tanpa mengambil tahu peraturan kerajaan negeri yang telah lama diamalkan. Beliau juga tidak berusaha belajar adat resam orang Melayu dan Raja-raja Melayu(1 Markah).
Antara faktor lain adalah Krisis Kewangan Pahang (1 Markah). Negeri Pahang terpaksa menanggung hutang yang banyak kerana kebangkitan rakyat menentang British (1 Markah). Selain itu juga, Pahang merupakan negeri miskin dengan jumlah penduduk dan hasil bumi yang kurang (1 Markah). Dengan menggabungkan negeri Pahang dengan negeri yang kaya, masalah kewangan dapat diringankan (1 Markah). Oleh itu, Britih telah menggabungkan Pahang dengan Selangor, Perak dan Negeri Sembilan dibawah satu kerajaan persekutuan. (1 Markah)
Faktor keselamatan juga antara salah satu faktor penyumbang kepada Pemeteraian Persetiaan Persekutuan 1895 (1 Markah). Kerajaan British bercadang mewujudkan satu pasukan keselamatan yang bertujuan untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada ancaman kuasa luar dan dalam (1 Markah). Semasa berlaku penentangan masyarakat tempatan di Pahang dan Perak, British terpaksa meminta bantuan tentera daripada Singapura, Hongkong, dan India (1 Markah). Oleh itu, British terpaksa mengeluarkan wang untuk mengupah tentera tersebut (1 Markah). Kewujudan pasukan tentera Persekutuan British telah memudahkan pentadbiran British tanpa meminta bantuan dari luar (1 Markah).
Perkongsian Perkhimatan Pakar juga antara faktor yang membentuk persekutuan bagi negeri negeri melayu bersekutu (1 Markah). British ingin mengabungkan negeri negeri Melayu agar dapat menjimatkan kos tenaga pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor (1 Markah). Selain itu, sistem perhubungan (1 Markah) diantara negeri negeri Melayu Bersekutu dapat dimajukan. Contohnya seperti pelaksanaan jalan raya dan kereta api boleh dilaksanakan sekiranya pentadbiran persekutuan ditubuhkan (1 Markah). Ini kerana sistem perhubungan hanya boleh berlaku jika ada persefahaman diantara dua buah kuasa (1 Markah).
Jumlah Markah: 20 Markah