Tugasan Sejarah PT3 2015: Kesan Persetiaan Persekutuan 1895 Terhadap Negeri Melayu

PT3 Sejarah 2015: Panduan Tugasan & Contoh Jawapan

Kesan Persetiaan atau Perjanjian Persetutuan 1895 terhadap negeri negeri Melayu Tugasan Sejarah PT3 2015. Pada bahagian ini calon diminta untuk menghuraikan fakta, huraian dan contoh mengenai kesan utama Persetiaan Persekutuan terhadap Negeri-Negeri Melayu. Jumlah markah penuh pada bahagian ini adalah 20 Markah.

Kesan Persetiaan Persekutuan 1895 Terhadap Negeri Melayu (Isi Penting)

  • Pentadbiran yang Seragam
  • Kemerosotan kuasa Sultan, Residen dan Ahli Mesyuarat Negeri
  • Kejayaan Dalam Bidang Ekonomi
  • Kemajuan Perkhidmatan Sosial

Jawapan Kesan Persetiaan Persekutuan 1895 Terhadap Negeri Melayu
Terdapat pelbagai kesan daripada Persetiaan Persekutuan 1895 terhadap negeri-negeri Melayu. Antaranya adalah pentadbiran yang seragam, kemerosotan kuasa mutlak Sultan dan Residen, kemajuan perkhidmatan sosial dan kemajuan dalam bidang ekonomi.

Kesan utama Persetiaan Persekutuan 1895 adalah mewujudkan pentadbiran yang seragam (1 Markah). Kuasa baru iaitu Residen Jeneral telah ditubuhkan bagi menggantikan sistem Residen yang lemah (1 Markah). Sir Frank Swettenham merupakan Residen Jeneral pertama yang dilantik British untuk mentadbir negeri-negeri Melayu Bersekutu (1 Markah). Residen Jeneral merupakan kerajaan pusat dimana Residen Jeneral memiliki kuasa penuh dalam bidang pentadbiran (1 Markah). Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa jabatan seperti kewangan, sistem pertadbiran kastam, perhutanan, hal-ehwal orang cina, kerja raya dan keretapi ditubuhkan (1 Markah).

Selain itu, kesan persetiaan persekutuan adalah kemerosotan kuasa Sultan dan kuasa Residen (1 Markah). Sultan tidak lagi berkuasa mutlak dan setiap Residen termasuk Ahli Mesyuarat Negeri pada setiap jajahan kini diberikan panduan untuk mentadbir (1 Markah). Kesemua kuasa yang dimaksudkan kini tertakluk kepada arahan Residen Jeneral. Kuasa Sultan hanya dalam hal-ehwal agama Islam dan adat resam Melayu (1 Markah). Manakala Residen tidak lagi bebas menjalankan pentadbiran negeri kerana mereka tertakluk di bawah arahan Residen Jeneral (1 Markah). Majlis Mesyuarat Negeri pula kehilangan fungsi sebagai institusi pentadbiran (1 Markah).

Penubuhan Persetiaan Persekutuan juga telah meningkatkan kestabilan ekonomi (1 Markah). Keseragaman dan kecekapan, keamanan dan keaturan serta pentadbiran yang berkesan telah menyebabkan lebihan hasil dan hasil persekutuan dapat digunakan oleh semua negeri dalam semua gabungannya (1 Markah). Contohya, pentadbiran yang cekap telah membuahkan hasil apabila pelabur dari luar negara berani membuat pelaburan justeru meningkatkan ekonomi Negeri Negeri Melayu Bersekutu (1 Markah). Selain itu, kemudahan pengangkutan seperti pembinaan kereta api dan jalan raya yang menghubungkan antara Negeri Negeri Melayu Bersekutuan juga telah memudahkan urusan perdagangan (1 Markah). Oleh itu, kemajuan ekonomi dapat dicapai dengan adanya sistem cukai yang seragam serta hubungan pengangkutan yang baik (1 Markah).

Kesan lain penubuhan Persetiaan Persekutuan adalah mewujudkan kemajuan perkhidmatan sosial (1 Markah). Pihak British telah menubuhkan kemudahan sosial seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan (1 Markah). Dalam bidang pengangkutan, pembinaan kereta api pada tahun 1903 yang menhubungkan dari Seberang Perai ke Seremban ke Johor Bahru (1 Markah). Dalam bidang pendidikan, beberapa sekolah Melayu, Tamil, Cina serta Sekolah Inggeris diwujudkan bagi memberikan pendidikan yang secukupnya kepada rakyat (1 Markah). Selain itu dalam bidang kesihatan pula, beberapa buah Klinik turut dibuka (1 Markah).

Jumlah Markah: 20 Markah