Tugasan Sejarah PT3 2015: Pengenalan & Latar Belakang Persetiaan Persekutan 1895

PT3 Sejarah 2015: Panduan Tugasan & Contoh Jawapan

Pengenalan dan Latar Belakang Perjanjian atau Persetiaan Persekutuan 1895 Tugasan Sejarah PT3 2015. Calon diminta untuk memberi fakta, huraian berserta contoh untuk menjelaskan mengenai Persetiaan Persekutuan 1895. Markah maksimum pada bahagian pengenalan Persetiaan Persekutuan 1895 adalah berjumlah 5 Markah. Berikut adalah skema pemarkahan pengenalan dan latar belakang Persetiaan Persekutuan.

Contoh Jawapan Pengenalan & Latar Belakang Persetiaan Persekutan 1895
Negara Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan konsep persekutuan yang kukuh dalam sistem pentadbiran negara (1 Markah). Konsep Persekutuan (Federalisme) telah digunapakai sejak termeterainya perjanjian Persetiaan Persekutuan pada 12 Julai 1895. Pada masa kini konsep Persekutuan boleh dilihat dimana kesemua 14 negeri di Malaysia ditadbir dibawah satu kerajaan pusat yang berpusat di Kuala Lumpur(1 Markah). Pertadbiran Persekutuan yang diperkenalkan sejak zaman jajahan British ini telah memudahkan pentabdiran Malaysia dibawah satu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Dengan wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang tiap-tiap kerajaan itu mempunyai had bidang kuasa masing-masing serta bebas daripada campur tangan orang lain. Selain itu, sistem pentadbiran persekutuan juga dapat menjimatkan masa, kewangan, tentera serta pentadbiran yang lebih seragam (1 Markah).

Latar belakang Penjanjian Persetiaan Persekutuan telah dimeterai sejak 12 Julai 1895 melibatkan beberapa negeri dibawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) iaitu Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan(1 Markah). Keempat-empat jajahan British ini pada awalnya menggunakan sistem Residen untuk mentaddir disetiap daerah. Namun kelemahan sistem residen telah menyebabkan Sir Frank Swettenham (Residen Jeneral) mencadangkan penubuhan kerajaan Persekutuan untuk mentadbir ke empat-empat jajahan takhluk dibawah Negeri Negeri Melayu Bersekutu. Dengan penubuhan Kerajaan Persekutuan, kuasa Residen termasuk kuasa mutlak Sultan dimansuhkan (1 Markah).

Jumlah Markah: 5 Markah