Universiti Malaysia Sabah (UMS) ialah universiti awam yang ke-9 ditubuhkan pada tahun 1994. Ia mula mengambil pelajar pada tahun 1995 dimana bilangan kumpulan pelajar pertamanya ialah seramai 205 orang. UMS kini mempunyai dua kampus iaitu Kampus Induk di Teluk Sepanggar dan juga Kampus Cawangan di Wilayah Persekutuan Labuan dan sebuah Sekolah Pertanian Lestari di Sandakan, Sabah. Pada awal penubuhannya UMS hanya mempunyai tiga buah sekolah iaitu Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi dan Sekolah Sains Sosial serta sebuah pusat pengajian liberal iaitu Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS telah menubuhkan sepuluh buah lagi sekolah iaitu Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Pengajian Seni, Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari. Manakala dua buah sekolah iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah Sains Informatik Labuan ditubuhkan di Kampus Antarabangsa Labuan. Bagi menjalankan fungsi kecemerlangan dalam penyelidikan , UMS juga mempunyai tiga buah institut penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo dan Institut Penyelidikan Bioteknologi.
This is a companion discussion topic for the original entry at http://info.malaysia-students.com/ums-universiti-malaysia-sabah.html