Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) - Info by Malaysia Students

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian diperingkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang telah di wartakan pada 10 November 2006. Walaupun UPNM akan memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan Universiti Teknologi Malaysia. Seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga (3) bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Di samping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan akan di tauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka akan berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.


This is a companion discussion topic for the original entry at http://info.malaysia-students.com/upnm-universiti-pertahanan-nasional-malaysia.html