What are the prospective careers for Pengajian Alam Sekitar & Pengurusan Awam graduates?

Can I know what’s the careers for Pengajian Alam Sekitar ??
And Pengurusan Awam ? Can anyone briefly explain about both course and it’s careers !?

Bacelor Pengurusan Alam Sekitar

Program Bacelor Pengurusan Alam Sekitar ini dibentuk dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan luas, berkemahiran dan terlatih dalam bidang pengurusan alam sekitar, berkemampuan mengurus penggunaan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan pembangunan mapan, di samping mempunyai etika, sikap prihatin, proaktif, berketrampilan, berdaya saing dan berbudaya cemerlang. Program ini mengambil masa selama empat tahun (8 semester) termasuk latihan amali selama 6 bulan pada semester akhir pengajian.

STRUKTUR KURIKULUM

Nama Program: Bacelor Pengurusan Alam Alam Sekitar

Jumlah Kredit Bergraduat: 128 Jam Kredit

Tempoh Pengajian: 8 Semester (4 Tahun)

Matlamat program adalah seperti berikut:

  1. Menghasilkan graduan yang mempunyai ilmu asas mencukupi untuk membina kerjaya di dalam bidang pengurusan alam sekitar atau bidang berkaitan.
    
  2. Menghasilkan graduan yang dapat mempamerkan ciri-ciri kepemimpinan dalam sesebuah organisasi mahupun perniagaan yang diceburi dan mampu menyelesaikan masalah berkaitan alam sekitar melalui pendekatan mampan.
    
  3. Mampu menjalankan penyelidikan dalam bidang pengurusan alam sekitar samada di peringkat pasca siswazah atau di dalam organisasi masing-masing serta menerapkan pembelajaran sepanjang hayat.
    

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN

  • Pengurusan Sumber Asli
    
  • Perancangan & Pengurusan
    
  • Sains Fizikal & Biologi
    
  • Kaedah Kuantitatif
    
  • Ekonomi Alam Sekitar
    
  • Amali Sains & Geografi
    
  • Undang-undang
    
  • Sistem Maklumat
    
  • Studio Alam Sekitar
    
  • Pengurusan Sisa Pepejal
    
  • Kualiti Air & Udara
    
  • Polisi & Pentadbiran
    
  • Ekonomi & Pengurusan
    
  • Penilaian Kesan
    
  • Operasi Projek
    
  • Etika Alam Sekitar
    
  • Pengurusan Pantai
    
  • Sistem Pengurusan Kualiti
    
  • Perubahan Alam Sekitar
    
  • Perancangan Pengangkutan
    
  • Kerja Lapangan
    
  • Latihan Industri
    

MAKLUMAT KERJAYA

Siswazah dari program ini akan menjadi sumber daya profesional dalam bidang pengurusan alam sekitar, yang mampu menghubungkan aspek biofizikal dan sosio-ekonomi untuk merancang dan menguruskan pembangunan mampan negara ke arah mencapai Wawasan 2020. Para graduan akan mempunyai peluang untuk membina kerjaya mereka dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan, perancangan, ahli akademik dan penyelidikan sama ada dalam sektor awam atau sektor swasta.

Sektor Awam

  • Pegawai Alam Sekitar
    
  • Pegawai Pendidikan Alam Sekitar
    
  • Perancang Sumber Asli
    
  • Pegawai Taman dan Lanskap
    
  • Pegawai Pembangunan Tanah
    
  • Pegawai Pembangunan Komuniti
    
  • Pegawai Kajian Alam Sekitar
    
  • Pegawai Marin
    
  • Guru/Pensyarah Alam Sekitar
    

Sektor Swasta

  • Pegawai Kawalan Alam Sekitar
    
  • Pegawai Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar
    
  • Pegawai Pengurusan Sisa Pepejal
    
  • Pegawai Pengurusan Kualiti Udara dan Air
    
  • Eksekutif Eko-Pelancongan
    
  • Eksekutif Pembangunan Tanah
    
  • Pengurus Projek Alam Sekitar
    
  • Perunding Alam Sekitar
    
  • Pegawai Pelaksanaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar
    
  • Pegawai Latihan Alam Sekitar
    

Source: UPM http://www.env.upm.edu.my/prasiswazah/program/bacelor_pengurusan_alam_sekitar-1099

Based on the information below, Pengurusan Awam is suitable if you plan to work in the government, especially on the management of local municipal council, state government or federal government. It is a management course but tailored for management of public services aka government.

TERAS PROGRAM (64 JAM KREDIT)

  • GMGA1013 Asas Pentadbiran Awam
  • GMGA1024 Politik dan Pentadbiran
  • GMGA2013 Perlembagaan Malaysia
  • GMGA2023 Dasar Awam
  • GMGA2033 Etika Pentadbir Awam
  • GLUL3113 Undang-undang Pentadbiran
  • GMGF1013 Ekonomi dalam Pengurusan Awam
  • GMGF2014 Ekonomi dan Pembangunan
  • GMGF2023 Pentadbiran Kewangan
  • GMGF2033 Dasar dan Analisis Fiskal
  • BPMN1013 Pengantar Pengurusan
  • GMGM2013 Organisasi dan Masyarakat
  • GMGM2023 Pengurusan Sumber Manusia dalam Sektor Awam
  • GMGM3013 Hubungan Manusia dalam Pentadbiran
  • GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam
  • BKAL1013 Perakaunan Perniagaan
  • SSQL1113 Statistik untuk Sains Sosial
  • SSZK2003 Penyelidikan Sains Sosial
  • GMGX4908 Praktikum

Source: UUM https://drive.google.com/file/d/0B7MR63t8yCtWbzYwdlJuQURCX1E/view

1 Like